Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan... Hikmah disebaliknya

Rabu
24 Ogos 2011
24 Ramadhan 1432

Tanpa aku sedari, Ramadhan ini telah banyak merapatkan hubungan aku dan isteri. Biasanya kalau isteri masak, kami akan berbuka dahulu then kami sembahyang maghrib berjemaah bersama.. Kalau berbuka di luar, kami akan berbuka dengan kurma atau kuih muih dahulu.. Solat berjemaah magrib bersama then baru keluar... Lately wife suka pulak berbuka puasa di masjid.. Biasanya kami pergi Masjid Geliga tu... Lepas tu kami akan ke masjid untuk bertarawikh... Habis bertarawikh, kami ronda ronda ke kedai untuk minum minum dahulu sebelum pulang... Kalau tak pun, kami bertarawikh bersama sama di rumah.. Lepas tu malam hari kami bangun lagi untuk berthajjud bersama dan bersahur bersama.. Dalam tempoh 3 tahun lebih berkahwin nie, aku tak pernah spend masa sebegini banyak bersama isteri.. Biasanya pasti diganggu oleh anak kami.. Takpun kesibukan masing masing yang menghadkan masa untuk kami luangkan bersama.. Tapi kesempatan Ramadhan nie, aku terasa macam baru berkahwin pulak... bersembang sembang, bercerita cerita.. :)

Besar sungguh kuasa Yang Esa, mengatur sesuatu benda dengan teratur dan bijaksana. Aku bersyukur padaMu dan semoga aku dipanjangkan usia untuk bersama sama menyambut Ramadhan pada tahun hadapan bersama isteri tercinta...

Regards,
Zienit

Tuesday, July 5, 2011

CASE STUDY KEHIDUPAN : Ironi Suatu PercaturanNya

Rabu
6 Julai 2011
5 Syaaban 1432

Semasa di Jakarta, di lokasi terkahir kembara aku, aku berjumpa dengan seorang wanita yang mempunyai masalah dengan keluarganya. Baik suami dan juga keluarganya, semua menentang wanita ini. Hal ini berlaku semenjak kematian Arwah Ibunya pada Disember tahun lalu. Melalui pengamatan, wanita ini merupakan dari keluarga yang mewah. Ini cukup dibuktikan dengan gayanya, jam tangannya, size batu berlian di cincin dan di subangnya, tas tangannya dan juga keretanya.

Menurut cerita wanita ini, dia telah keluar sehelai sepinggan dari rumahnya. Apa yang sempat dibawa bersamanya ialah keretanya, barang kemasnya, dua utas jam tangan berjenama, dan juga anak perempuannya Menurutnya, dia nekad untuk keluar dari rumahnya setelah tidak tahan lagi dengan perangai suaminya itu... Dia sebelum ini memiliki sebuah butik menjual pakaian wanita di negeri che wan kembang di pantai timur malaysia

Namun bukan kemewahan dan masalah peribadi dia yang menarik perhatian ku. Apa yang ingin aku kongsikan disini ialah bagaimana seseorang itu sanggup keluar dari kepompong kemewahan yang dimiliki dan melakukan apa sahaja yang dia YAKIN lebih baik untuk masa depan dia dan anaknya.

Menurutnya, dia telah menjual semua barang kemasnya dan juga seutas jam tangan miliknya untuk mengumpul duit bagi membolehkan dia membuka sebuah butik. Duit terkumpul dari menjual kesemua barang barang tersebut mencecah RM 100K... Dengan duit itu, dia kini sedang sibuk membuat renovasi sebuah rumah kedai untuk dijadikan butik. Belanja keseluruhan yang diperuntukkan untuk renovasi dan membuka butik itu hampir hampir mencecah RM 100k... Aku bertanya, tak takut ke kalau kalau apa yang dirancang itu tidak sama dengan apa yang akan terjadi? Jawabnya, dia YAKIN kerana dia sudah mempunyai senarai pelanggan yang setia dengan hasil kerja tangannya dan pelanggannya akan tetap kembali kepada dia bila dia membuka butik itu nanti...

Jauh di sudut hati aku, terdetik rasa kagum dengan wanita ini. Sebagai seorang wanita, beliau telah mengambil langkah berani untuk memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupannya yang mana dia YAKIN itu ialah kehidupan yang lebih baik dari kehidupannya sebelum ini. Aku terfikir, berapa ramai wanita yang sanggup melakukan seperti apa yang dilakukan olehnya. Atau semula jadi seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja apabila keadaan mendesak mereka? Aku terfikir, jika aku berada didalam situasi dia, adakah aku juga sanggup melakukan perkara yang sama? adakah aku sanggup melakukan seperti apa yang dilakukan olehnya.?Berapa ramai yang sanggup keluar dari kehidupan mewah mereka untuk sesuatu yang masih lagi tidak pasti?

Namun, apa yang dapat aku rumuskan, jika kita YAKIN dengan sesuatu perkara, maka NEKADLAH menuju apa yang dicitakan. Sama halnya dengan ilmu walit ini. Ini merupakan suatu bidang yang begitu misteri. Tidak ada satu manusia pun yang boleh menghujah sesuatu hal, baik dari segi design, suara atau sifat burung itu sendiri secara tepat. Apa yang mereka buat, baik dari segi design atau suara adalah melalui KEYAKINAN mereka melalui pengamatan dan juga eksperimentasi yang mereka lakukan...

Kepada wanita itu, aku berdoa agar Allah merahmati, meredhai dan memudahkan segala urusan mu. Aku berdoa agar kau berjaya demi masa depan yang kau YAKINI lebih baik dari kehidupan yang kau ada sekarang ini.. Suka aku untuk berkongsi Surah Suci ini dengan mu. Hayatilah dan renungkanlah...

Ash-Sharh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

Regards,
Zienit